Tak semua orang lahir terus konfiden. Kalau ada untung la. Tapi kalau yang jenis tak konfiden atau low self-esteem ni memang kesian sebenarnya. Macam aku la. Banyak puji orang lain daripada puji diri sendiri. Lagi-lagi zaman sekarang ni orang semua kaki mekap semua cantik. Menangis bila scroll instagram sebab terkenangkan diri yang macam kentang. (jangan tanya aku kenapa kentang. tapi kentang sedap!) Nak kurus tak jugak kurus. Tu salah satu sebab kenapa aku tak konfiden dengan diri aku. Cause I don’t feel comfortable in my own skin.
Self-esteem ni bukan setakat pandang rendah dengan rupa diri sendiri, personaliti pun termasuk sekali. It’s about our self-worth. Tapi sekarang bila aku pilih untuk abaikan benda-benda negatif terhadap diri-sendiri ni, aku perasan aku tak lagi tak konfiden macam dulu. Tapi taklah konfiden sangat. I tend to hide and avoid okay. But at least for now I don’t run when I serve the customers di kedai. Hahhaha. So aku nak kongsikan tips to deal with low self-esteem ni.
1. Start A Compliment Jar
Bagi aku tak perlu sangatlah compliment jar. Nak listkan dalam buku pun boleh je. Yang penting kau puji diri kau setiap hari. Memang bunyi macam over lah kan angkat bakul sendiri. Tapi kalau bukan kau nak puji, siapa lagi nak puji kan? Tulis je apa-apa yang kau suka tentang diri kau. By the end of the month, tengok balik semua benda positif yang kau dah tulis pasal diri kau then reflect.
2. Start Living For Now
Maksudnya jangan cakap tak nak selagi kau tak cuba. Jangan fikir yang kau tak mampu buat ini lah itu lah. Just do it. Keep the negative thoughts far far away from you. Low self-esteem ni adalah disebabkan kita terlampau fikir akan sesuatu yang kita rasa kita tak dapat ubah sedangkan kita tak tahu pun apa outcome dia kan. Bila dah set mind macam tu, keyakinan pun lesap sekali lah. So just do whatever you want to do and start living!
3. Keep A Journal
Bila kau luahkan perasaan kau dengan cara menulis, you get them out in a healthy way. Kalau marah-marah memang buruklah muka. Kedut sana sini. Orang selalu cakap kalau marah nanti muka banyak kedut sebab kau mengerut kan. Okay just kidding. But yes, if you let your feelings out through writing, you will feel much better of yourself. Kedut kurang dan muka pun nampak awet muda. 😁
4. Become Aware Of Your Negativity
Jangan biarkan hidup anda diselebungi mak nenek negativity ni. Bila kau perasaan kau mula nak rasa rendah diri, cepat-cepat terus fikir benda positif untuk lawan balik benda negatif tu. Boleh je kau cakap kau pun comel macam nora danish lah. Tak pun macam maya karin ke. Hehehe. Insyaallah berkesan!
5. Ask Yourself If…
Tanya dengan diri sendiri, if orang lain berada dalam situasi kau, adakah kau akan buat mereka rasa negatif? Kadang bila kau buat macam ni, you will get clear vision of yourself dan it will make you feel more positive.
6. Have Conversations With Yourself
Kalau korang pernah main The Sims, dalam game tu kau boleh suruh character kau bercakap-cakap dalam cermin untuk increase charismatic level dia. Dari situ aku tahu bercakap dengan diri sendiri bukan bermaksud gila atau sewel. Itu adalah untuk boost up kan lagi confidence level kita dan improve diri kita. Converse with yourself about anything.
7. Stop Judging Yourself And Others
Benda ni aku rasa paling susah nak buat. Tak judge diri sendiri pi judge orang lain pulak. Now lets ask ourselves, adakah dengan mengecam atau judge orang lain akan menaikkan confidence level kita? Kalau tak buat apa kita buang tenaga dengan benda macam tu kan? Instead of judging others, its much better to keep your surrounding with positive vibes. Tak kira apa pun, always be the positive one.
8. Start Meditating
Aku tak pernah pulak buat benda ni. Tapi sebelum tidur aku memang akan rilekkan minda dan reflect balik tentang diri aku. Kadang tu memang anxiety lah yang datang hahaa. Sepatutnya meditating ni rilekkan minda dan nyahkan segala benda yang menganggu hidup kau. Boleh cuba buat ni in a proper way untuk ambil aura positif.
9. Learn To Let It All Go
Cuba untuk abaikan benda-benda yang buat kau resah atau bimbang. Jangan terlampau fikir apa yang buat kau upset tentang diri kau. Let it all go sebab tu yang terbaik kau boleh buat untuk diri kau. Sooner or later you will be able to accept all your flaws and embrace them.
10. Be An Active Participant In Your Life
Maksudnya bila emosi menguasai diri, kau jangan duduk dan biarkan benda tu take control diri kau. Fight for yourself to develop more positive attitude. Emosi ni kalau tak dilawan memang menjadi-jadi. It put you down their level. Kalau tak nak hidup anda penuh dengan negative vibes, the only thing yang dapat lawan semua tu is positive vibes lah kan.
–

The conclusion is, always and always be positive. Positive to yourself and be positive towards others. Kalau fikir yang tak baik aje, memang la semua akan jadi tak baik kan. This thing makes sense. Korang yang ada masalah low self esteem ni boleh cuba tips ni. Insyallah kalau scroll instagram lepas ni memang takkan menangis lagi lah. Because you believe in yourself dah kan. So till here then. Hope it helps! x