Kalau aku cakap a short trip mean it is really a short trip. I finally got a chance to visit Kuching city again after few years. First time datang Kuching masa tahun 2003 or 2004 agaknya. It has been a long time lah. Actually this was an unplanned trip. I was thinking hard about where to travel this year and suddenly Kuching crossed my mind. Bila survey tiket ngam ngam harga murah, I just bought it on the next day. I didn’t discuss with my parents before purchasing them cause I’m afraid they won’t let me go. So the only possible way to get the green-light from them is to buy it first. I’m pretty sure dad won’t let me sia-siakan the ticket hehehe!
Omnomnomnomnomnom ~
Rasanya aku datang semata nak buat aktiviti food hunting dan menternak lemak tepu je. Tak banyak aktiviti lain yang aku buat sebab aku datang pun dalam 5 hari je. Jumpa anak buah Adam dan Naila tapi tu aku akan cerita dalam lain entri lah. Hiks.
First Thing To Get While in Kuching!
Benda dalam gambar dekat atas ni memang dari kecik aku panggil gulalet. Kalau di Miri memang susah cari dan yang aku tahu di Kuching je banyak jual benda alah ni. Ni bukan sabut kelapa mahupun ubi, tapi gula okayyy. So sweeeeeeeet macam aku hahaha. Aku suka makan benda ni. Curious nak tahu macam mana dorang buat! Kalau dekat tempat lain aku tak pasti ada or tak. Mungkin ada nama berlainan dan rasa berbeza kot. Kalau tak pernah cuba, mesti wajib cuba okay 😀
Best Places To Eat in Kuching!
Pure Fish Ball Cafe
Mom’s Laksa @ Rojak Muhammad Kucei Cafe
Aiskrim Gulapong at Kuching’s Open Air Market
Swee Kang Ais Kacang
Kak Pah Nasi Kerabu
At first aku tak nak makan nasi kerabu sebab tak berapa suka. But then lastnya termakan jugak. Pergi masa blackout dan hari memang dah gelap dah. But I’m quite surprised cause people be like ahhh-blackout-dont-care-yang-penting-dapat-makan-situ dan kami pun makan ala-ala candlelight dinner. Nak snap gambar pun dalam gelap. Nak pakai flash malu pulak hahaha. Aku makan nasi kerabu ayam percik. Yang lain-lain semua sedap but too bad ayam agak kering. Tapi makan tetap habis okay!!
Raja Ayam Bakar
Ni pulak salah satu tempat makan femes di Kuching. Raja ayam bakar!! Kalau datang Kuching mesti pergi sini okay. Kedai memang tersangatlah ramai orang tapi servis taklah terlampau lambat. Sambal memang perghh lahh! Overall semua okay cumaaaaaa, ayam tu a bit pahit yang bahagian luar maybe sebab hangus sikit kot. Haa bukan ini je menu yang ada okay. Ada banyak lagi pilihan lain yang boleh dicuba kalau datang sini. Masa tu ada tengok orang meja sebelah makan ayam penyet agaknya. Nampak wow gitu lorhhh. Insyallah kalau datang Kuching lagi next time nak cuba menu lain pulak.
Emma Bakso
Yang ni pulak first time aku makan bakso yang guna tiga jenis mee. Nak makan pun konfius hahaha. Selalu makan bakso guna mihun je. Lokasi kedai ni dekat area Semariang. Portion nampak sikit tapi kalau dah makan memang kenyang lah. Rasa pun not bad jugak. Kalau aku makan mee ada sup macam ni tak sah kalau tak letak kicap, limau dan cili barulah perghhhh! Aku tak pasti kalau kedai lain guna tiga jenis mee macam ni but kalau nak try boleh la ke kedai ni. Hihi.
* * * * * * * * * *
So that was all yang aku makan masa di Kuching haritu. Pada pendapat aku semua makanan yang aku mention dekat atas semua sedap. Belum ada lagi makanan yang buat aku marah. Actually ada banyak lagi tempat makan yang best. Cuma tak sempat nak agak je. Takkan nak keep on eating even perut dah kenyang kan? Ya bena rangkak namanya 😛 Anyway, I hope you enjoy reading this post. Don’t miss out the places if you’re heading to Kuching cityyy! Toddles ~ x