I was lost in the ocean of thoughts last night. It’s not empty but full of why-questions. Nak bercakap dengan kawan tapi dah lewat dan agaknya mereka dah tidur. Nak update blog tapi kepala otak tak nak fikir benda lain. Nak tengok korean drama tapi tak boleh nak fokus. Lastnya merenung ke siling je. Teringat dengan seseorang dah tu menangis. Dah berhenti menangis datang pulak benda lain menerjah. I’m pretty sure you have been through this situation too. That lost and empty feeling. It’s dragging you away from your sense. Tengah fikiran kosong tu aku pun taip “calm” dekat Google dan terjumpa senarai website yang sangat menarik yang boleh membantu untuk tenangkan fikiran. Ada banyak tapi aku cuma senaraikan yang paling aku suka sahaja.
1. Calm
Website ini ada 29 nature screen dengan bunyi yang lain dari gambar yang lain. Pilih mana yang berkenan dan make sure kasi full screen supaya benda lain tak ganggu. Kalau ada projector screen mesti best kan. Luas pemandangan hiks. I’m sure you’re going to fall in love with this website.
2. The Thoughts Room
Ini antara salah satu yang aku suka. Kalau orang yang suka up status luah perasaan di Facebook, thoughts room lagi best. Bila kau taip ayat di status bar, ayat-ayat tu akan jatuh dan hilang. Trust me, it gives you another feelings. Background music pun sangat membantu.
3. Looking At Something
Bila dah enter website ni dia memang akan ada bunyi burung berkicauan dan bunyi hujan. Kalau korang move cursor bahagian atas, ia akan jadi hujan renyai. Kalau move cursor bahagian bawah, ia akan jadi hujan lebat dan ribut petir. Kalau yang suka bunyi hujan macam aku memang akan suka website ni.
4. The Nicest Places On The Internet
Jangan fikir lain pulak bila dah buka website ni. You will receive virtual hugs and love from strangers. Bagi aku agak kelakar jugaklah but it works cause it puts a smile on my face.
Empat ni antara yang paling aku suka. Kalau nak lagi yang lain boleh tengok di SINI. I hope the websites will help to put your mind on ease. Not much but at least it works for me!
Toddles x