That girl you called fat, she’s starving herself.
That girl you teased for her skin colour, she already had the pain of rejection for marriage.
Tak kisah lah kulit warna apa. Tapi yang aku pasti orang kita memang gilakan kulit putih gebu mulus whatever you name it. Orang putih rilek je berjemur bawah matahari sebab nak tanned skin. Kalau kita kena matahari sikit terus takut hitam. Kalau aku pulak takut matahari sebab tak nak kena migraine huhu. Memang tak dinafikan lah yang kulit putih gebu tu cantik. But do we really need to compare our skin tones with others? Perlu ke ada diskriminasi antara kulit cerah dan kulit gelap? Ah I bet some people have no idea that we are born differently and that we are unique in our own way. Hitam ke putih ke cokelat ke semua cantik. Yang tak cantik tu bila kau mengata orang.
Nampak tak yang kita suka sangat cakap sesukahati tanpa ambik tahu kisah sebenar dan perasaan orang lain? Dua isi penting dekat atas ni aku cilok dari Facebook. Aku sekadar elaborate sahaja. Sekarang nak selitkan kisah aku pulak. It really makes me upset when someone judge me and make fun of me about certain things without knowing the story behind it. Kadang orang memang suka main cakap je. Langsung tak fikir perasaan orang. Sedap je nak singgung perasaan orang. Aku sigong (read:siku) jugak kang!
Me Vs Escalator
Mesti korang yang baca ni tertanya-tanya kenapa dengan eskalator. Yeah I know its weird. But I do admit that I have a problem with the escalator. Most of people around me, mereka akan ketawa bila tengok aku terkial-kial nak pijak benda alah ni kalau nak turun ke tingkat bawah. Siap cakap aku macam orang tua. Yang pasti mereka tak pernah nak tanya aku KENAPA aku takut nak turun guna escalator. Bukan aku suka-suka kira 1 2 3 bila nak turun. Bukan aku sengaja nak melambatkan dan menyebabkan trafik jam di belakang. Aku takut tinggilah. Tak pernah dengar pasal fobia ke? Berdiri dihujung benda tu rasa macam berdiri di cerun yang curam. Jantung aku memang akan automatik berdegup laju. Tapak tangan dan tapak kaki kalau tak berpeluh memang tak sah. Plus aku memang ada anxiety dan panic attack. Phew. Its a real struggle ok. Tapi orang tak pernah faham pun. It pissed me off when they mistaken my fears as something stupid.
Me Vs The Scars
I have few visible scars on my wrist. Aku memang tak suka bila orang tegur. Aku lebih prefer mereka tak cakap apa-apa kalau tengok parut tu. But no, most of them will mock me. They know the reason yet they still make fun of it. Yes, I did harm myself before. I gotten myself into depression. Hanya orang yang pernah mengalami depresi je akan faham. And if you are good enough, you would understand even if you never encountered depression. Bukan buat sebab suka-suka. Bukan buat sebab putus cinta. Sorry but it’s something personal that I can’t write it here. Yang pasti orang tak pernah nak tanya tapi terus buat konklusi sendiri. Dahtu gelak. Beruntungnya hidup kau kalau kau tak pernah lalui benda macam ni. Every each of us has our own battle in life so it’s not okay to make fun of others.
I wish I could stop people from judging or mocking or humiliating others. Tak semestinya apa yang kita cakap atau teka pasal seseorang tu adalah betul. Kita cuma nampak luaran. Yang tersimpan dalam hati kita langsung tak tahu. Entah-entah secara tak sengaja kita dah tambah beban dalam hati dia. Disebabkan mulut yang macam puaka tu kita hancurkan hidup seseorang. Tak rasa serba salah? Don’t you think we should create an awareness such as #DiamKalauTakdeBendaBaikNakCakap? Lagi bagus daripada terus menerus menyakitkan hati orang kan? Cuba tengok dalam Facebook bahagian komen. Ramai je suka cakap itu ini tanpa hiraukan perasaan orang. Entah tahu atau tidak kisah sebenar pun tetap jugak sibuk nak jadi keyboard warrior. Hmm.