Some people really need to reflect on themselves before judging and criticizing others. Bercakap bagai dia tak ada salah. Bercakap bagai apa yang dia buat semua betul. Diri sendiri dipuji. Orang lain dikecam. Cermin diri sendiri sebelum cakap orang itu ini. Kalau tak ada cermin, sila pergi beli. Beli cermin paling besar biar nampak semua cacat cela yang ada.
Self-reflection is a humbling process. It’s essential to find out why you think, say, and do certain things… then better yourself.” ― Sonya Teclai
Tak salah untuk reflect diri sendiri. Dengan cara ini at least kita sedar apa kita buat. Taklah nampak macam memperbodohkan diri sendiri. Contoh bila kau tengah bersuka ria mengata orang sedangkan pada masa yang sama kau pun sama spesies macam orang yang kau judge tu. Bila kita reflect diri sendiri, masa tu lah kita tanya betul ke tidak apa yang kita buat. Ia sekaligus boleh bantu kita untuk jadi lebih baik.
What you say about other people says way more about you than the people you talk about.
Kalau kita boleh cari kesilapan orang lain, kenapa kita tak boleh cari kesilapan kita sendiri? Tak pasti la macam mana. Tapi agaknya bila kita judge orang barulah terserlah keburukan yang ada pada kita kan? Mungkin kita sedar tapi buat tak tahu. Ataupun langsung tak sedar. Sebab tu bangga sangat mengeji, mengata, memburukkan orang lain.
Why you should reflect on yourself.
Rajin-rajin la kita reflect diri sendiri supaya tak jadi spesies yang mengata orang sambil mengata diri sendiri. Sambil tu boleh perbaiki apa yang kurang pada diri kita jugak. Tak rugi pun kalau buat. Bercakap dengan reflection kita dalam cermin tu bukan gila okay. Whatever you said or whatever you asked yourself in the mirror, its going to hit you back. Kalau rasa sakit, maka jangan buat begitu pada orang lain. Reflect yourself!